〉 Iklan Perniagaan TH Plantations Berhad
 Oktober 2018
TH Plantations Berhad ( "THP" ) adalah syarikat senarai awam di Bursa Malaysia yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit, getah dan kilang memproses Buah Tandan Segar ingin mempelawa Kontraktor/Pembekal yang berpengalaman untuk mendaftar sebagai vendor THP.
Lokasi ladang-ladang THP terletak di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara, Indonesia.
Kontraktor/pembekal yang berminat perlulah melengkapkan borang pendaftaran bersama-sama profil syarikat dan salinan dokumen sokongan seperti berikut :-

 Borang SSM, Borang Syarikat 13, 20, 9, 24, 44, 49
 Lesen-lesen yang berkaitan (CIDB, PKK, MOF dan lain-lain)
 Penyata bank terkini selama 3 bulan
 Pengalaman kerja

Langkah 1
Muat turun Borang Pendaftaran Kontraktor dan lengkapkan setiap isi kandungan borang tersebut.
Langkah 2
Muat turun Senarai Bidang Kerja, pilih kod bidang kerja yang diminati dan sila lengkapkan maklumat berkaitan pada bahagian no. (24) di dalam Borang Pendaftaran Kontraktor.
Langkah 3
Sila sediakan salinan borang SSM, borang syarikat 13, 20, 9, 24, 44, 49, lesen-lesen yang berkaitan (CIDB, PKK, MOF dan lain-lain), penyata bank terkini selama 3 bulan dan pengalaman kerja.
Langkah 4
Kumpulkan setiap dokumen dan poskan ke alamat tertera di bawah :-

Ketua Bahagian Procurement
TH Plantations Berhad
Level 33 Menara TH Platinum
No. 9 Persiaran KLCC 50088 KL

Tarikh Tutup : 15 Oktober 2018
Hubungi Kami
TH Plantations Berhad
Level 31 – 35, Menara TH Platinum
No. 9, Jalan Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur.
Tel : +603-2603 4800
Fax : +603-2603 4693
Imbas Kod QR
Tarikh Kemaskini: 23 Nov 2018